Login
  • Username:

    Password:
  • Remember my login on this computer
  • Register
Archives
Categories
  • 1 (6)
Users online
  • Users: 1 Guest
  • Most Users Ever Online Is On September 30, 2015 @ 5:36 pm

MAKSUD TAWAKAL

January 12th, 2013

MALAIKAT JIBRAIL MENERANGKAN TENTANG ERTI TAWAKAL

 



Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail apa erti tawakal kepada Allah S.W.T. dan apa batasnya?

Malaikat Jibrail berkata:
“Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

Apabila seorang hamba Allah memiliki sifat demikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah S.W.T. semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah S.W.T. semata-mata, dan dia tidak akan menaruh harapan kepada siapa pun kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal”.


Besar kecilnya tawakal seseorang kepada Allah S.W.T. sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Allah S.W.T.

Apabila rasa percayanya kepada Allah sangat kecil, maka sikap tawakal kepadaNya juga akan sangat sedikit.

Dan apabila rasa percayanya kepada Allah S.W.T. amat tinggi, maka sikap tawakalnya kepada Allah juga akan sangat tinggi.

Imam Ali pernah berkata:
Bagus tidaknya tawakal seseorang hamba kepada Allah, bergantung pada kadar kepercayaannya kepada Allah S.W.T


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Apabila Allah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal”.
(Ali Imran: 160).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Katakanlah: sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal”.
(At Taubah: 51).

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Sirah Dan Sejarah Nabi Idris a.s

January 12th, 2013

Nabi Idris a.s merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s, anak kepada Yarid bin

Mihla‟el bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan merupakan keturunan pertama yang dikurniakan kenabian selepas Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s. Nabi Idris a.s tinggal di mesir dan mengajar kaumya ilmu tauhid dan beribadah kepada Allah S.W.T. Nabi Idris wafat pada usia 82 tahun.

Nabi Idris a.s memiliki pelbagai kemahiran contohnya menjahit, menunggang kuda, menulis dan membaca dan mengetahui ilmu bintang dan metamatik. Beliau juga banyak mempelajari kitab-kitab yang telah di turunkan Allah S.W.T kepada Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s.

Nabi Idris a.s juga diberikan gelaran “Asadul Usud” yang bermakana Harimau

segala Harimau kerana berani memerangi manusia yang derhaka kepada Allah S.W.T. Sebahagian ahli tafsir mengatakan tatkala Nabi Idris a.s mengenali malaikat beliau berhajat untuk mengenali alam ghaib. Keinginan Nabi Idris a.s itu di tunaikan oleh Allah S.W.T dan di bawa naik ke langit ke 4. (sebahagian ahli tafsir mengatakan sehingga ke langit ke 6)

Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W dan Jibril a.s melalui suatu tempat pada malam Israk dan Mikraj baginda bertemu dengan Nabi Idris.

Di antara kata-kata hikmah Nabi Idris a.s sewaktu menyeru kaumnya adalah :

“Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah daripada orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka di dalam doa”

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Proses Kewujudan NABI ADAM A.S

January 12th, 2013

 Kita selalu mendengar kisah Nabi Adam AS. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadi manusia itu adalah dari keturunan Nabi Adam A.S. Tetapi apakah kita tahu akan Nabi Adam A.S di jadikan dari tanah dan jenis tanah itu? Adakah kita tahu akan proses kejadian NABI ADAM A.S  itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk Nabi Adam A.S (Abdul Basyar / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT MEMERINTAHKAN kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.  Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi durhaka kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:


” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:


“Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.Jenis Tanah Yang Digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

Proses Kejadiannya

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan bentuk manusia, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala, dan dua lagi liang di bawah badan letaknya.

Tujuh liang atau rongga letaknya adalah di:

1. Kepala : dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :


Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:


Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT )

Renungan


Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.
Wallahualam
sumber

Cerita asal & terima kasih kpd;

http://www.lamankongsi.com 

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Nama-Nama Nabi lagi Rasul

January 12th, 2013

Nama-nama Rasul yang wajib diketahui:

  1. ADAM A.S
  2. IDRIS   A.S
  3. NUH     A.S
  4. HUD     A.S
  5. SALLEH    A.S
  6. LUT     A.S
  7. IBRAHIM  A.S
  8. ISMAIL     A.S
  9. ISHAQ       A.S
  10. YA’KUB     A.S
  11. YUSUF      A.S
  12. SYUIB       A.S
  13. MUSA       A.S
  14. HARUN    A.S
  15. YUNUS     A.S
  16. ILYAS       A.S
  17. SULAIMAN   A.S
  18. DAUD     A.S
  19. ILYASA’   A.S
  20. AYYUB   A.S
  21. ZULKIFLI   A.S
  22. ZAKARIA    A.S
  23. YAHYA        A.S
  24. ISA BIN MARYAM   A.S
  25. MUHAMMAD S.A.W   S.A.W
Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

313 Nama-nama Nabi Dan Rasul

January 12th, 2013
  1. ADAM (1)
  2. SYITH
  3. ANUS
  4. QINAQ
  5. MAHYAIL
  6. AKHNUKH
  7. IDRIS (2)
  8. MUTARASHDAKH
  9. NUH (3)
  10. HUD (4)
  11. ABHAF
  12. MARDARIM
  13. SYARAQ
  14. SALLEH (5)
  15. AZFAHSYA
  16. SAFWAN
  17. HANZALAH
  18. LUT (6)
  19. ISAN
  20. IBRAHIM (7)
  21. ISMAIL (8)
  22. ISHAQ (9)
  23. YA’KUB (10)
  24. YUSUF (11)
  25. SYAMAIL
  26. SYUIB (12)
  27. MUSA (13)
  28. LUTAN
  29. YA’WA
  30. HARUN (14)
  31. KALIL
  32. YUSHA’
  33. DANIAL
  34. YUNUSH
  35. BALIA
  36. ARMIA
  37. YUNUS (15
  38. ILYAS (16)
  39. SULAIMAN (17)
  40. DAUD (18)
  41. ILYASA’ (19)
  42. AYYUB (20)
  43. AUS
  44. ZANIN
  45. ALHAMIA
  46. SABIT
  47. GHABIR
  48. HAMILAN
  49. ZULKIFLI (21)
  50. UZAIR
  51. IZQALAN
  52. ‘IZAN
  53. ALWUN
  54. ZAIN
  55. ‘AZIM
  56. HARBUD
  57. SYAZAN
  58. SA’AD
  59. GHOLIB
  60. SYAMAS
  61. SYAM’UN
  62. QOYADH
  63. SODHO
  64. SORAM
  65. INADH
  66. SAYAM
  67. AUDHUN
  68. BUYURZAR
  69. KAZUL
  70. BASAL
  71. BASAN
  72. LAKHIN
  73. GHALDAT
  74. RASUGH
  75. RASHAIN
  76. ALMUN
  77. LUGH
  78. BARSUA
  79. AL AZIM
  80. RASYAD
  81. SYARIB
  82. HAIBAL
  83. MILAN
  84. IMRAN
  85. HARYIB
  86. JURAIT
  87. SYAMAG
  88. SARIKH
  89. SAFAN
  90. QUBAIL
  91. DHOGFA’
  92. ISUN
  93. ISAF
  94. SODIF
  95. BARWAQ
  96. HASIM
  97. HIYAM
  98. ASIM
  99. WAJAN
  100. MISDA’
  101. ARIS
  102. SYARJIL
  103. KHORBIL
  104. KHORQIL
  105. ASYMU’IL
  106. SHAMDAM
  107. KABIR
  108. SIBAT
  109. UBBAD
  110. BASLAKH
  111. RAIHAN
  112. AMDAN
  113. MIRQAN
  114. HINAN
  115. LUHANA
  116. WALAM
  117. BA’YUL
  118. BASAS
  119. HABAN
  120. AFLIQ
  121. QAZIM
  122. NASIR
  123. AURIS
  124. MADH’AS
  125. JUZAIMAH
  126. SYARU
  127. WAHIL
  128. MA’NA’IL
  129. MUDRIK
  130. HARIM
  131. BARAQ
  132. HARMIL
  133. JABID
  134. ZARQAN
  135. ASFUN
  136. BARJAJ
  137. NAWA
  138. HAZRAIN
  139. ASHBIL
  140. ATAF
  141. MUHIL
  142. ZANJIL
  143. SYAMTAN
  144. ALQUM
  145. HUWAILID
  146. SOLAH
  147. SANUKH
  148. RAMIL
  149. ZAMIL
  150. QASIM
  151. BAYIL
  152. BAZAL
  153. KABLAN
  154. BATAR
  155. HAJIM
  156. JAWAH
  157. JAMIR
  158. HAJAN
  159. RASAL
  160. WASAM
  1. RADAN
  2. SADAM
  3. SYUSHA
  4. JAZAN
  5. SOHAD
  6. SOBHAN
  7. KALWAN
  8. SOAD
  9. GHOFRAN
  10. GHAYAR
  11. BULDAKH
  12. HAIDAN
  13. LAWA
  14. HAIRA’
  15. NASO
  16. HANAK
  17. HAFIKH
  18. KASYIKH
  19. LAFAS
  20. NAYAM
  21. HASYIM
  22. HIJAM
  23. MAIZAD
  24. ASIMAN
  25. RAHILA
  26. LATAF
  27. BARTHAFURAN
  28. ABAN
  29. AURAIS
  30. MUHMATASAR
  31. ANIN
  32. NAMAKH
  33. HANDAWIL
  34. MABSHAL
  35. MUDH’ATAM
  36. THOMIL
  37. THOBIKH
  38. MAHMAM
  39. HAJRAM
  40. ‘ADUN
  41. MANBAD
  42. BARUN
  43. RAWAN
  44. MA’BAN
  45. MAZAHIM
  46. YAHID
  47. LAMA
  48. FARDAN
  49. JABAR
  50. SALUM
  51. ‘IS
  52. HARBAN
  53. JABUK
  54. YABUJ
  55. MINAT
  56. QANUH
  57. DARBAN
  58. SOKHAM
  59. HARODH
  60. HIRADH
  61. HARQIA
  62. NUKMAN
  63. AZMIL
  64. MAZHAM
  65. MAIDAS
  66. YANUKH
  67. YUNUS
  68. SASAN
  69. FARYAM
  70. FARYUSH
  71. SUHAIB
  72. RUKNU
  73. RUKHNU
  74. AMIR
  75. SAHNAQ
  76. ZAHUN
  77. HINIM
  78. AYAB
  79. SOBAH
  80. ARFUN
  81. MIKHLAD
  82. MARHAM
  83. SONID
  84. GHALIB
  85. ABDULLAH
  86. ADRAZIN
  87. ADSAR
  88. ZAHRAN
  89. BAYA’
  90. NADZIR
  91. HAURIN
  92. KAIWASYIM
  93. FATWAN
  94. ‘ABUN
  95. RABAKH
  96. SOBAKH
  97. MASLUN
  98. HIJAN
  99. RUBAL
  100. RABUN
  101. MA’ILA
  102. SAYAN
  103. ARJIL
  104. BAIGHIN
  105. MATDHOH
  106. ROHIN
  107. MAHRAS
  108. SAKHIN
  109. HIRFAN
  110. MAHMUN
  111. HAUDHAN
  112. ALBA’UN
  113. WA’DU
  114. RAKHYUL
  115. BAIGHAN
  116. BAITIHUR
  117. HAUZOBAN
  118. ‘AMIL
  119. ZAHRAM
  120. ‘AIS
  121. SOBIH
  122. YATBA’
  123. JARAH
  124. SUHAIB
  125. SOBHAN
  126. KALMAN
  127. YUKH
  128. SAMYUN
  129. ‘IRDHUN
  130. AUHAR
  131. YALBAQ
  132. BARA’
  133. ‘AIL
  134. KAN’AN
  135. HAFDUN
  136. HISMAN
  137. YASMA’
  138. ‘IRFUR
  139. ARMIN
  140. FADHAN
  141. SOFA
  142. SYAM’UN
  143. RASAS
  144. IQLABUN
  145. SYAKHAM
  146. KHA’IL
  147. AKHYAL
  148. HAYAJ
  149. ZAKARIA (22)
  150. YAHYA (23)
  151. JARJIS
  152. ISA BIN MARYAM (24)
  153. MUHAMMAD S.A.W (25)

Nama-nama Rasul yang wajib diketahui dan 

di ingati oleh setiap

Orang Islam:

  1. ADAM

  2. IDRIS

  3. NUH

  4. HUD

  5. SALLEH

  6. LUT

  7. IBRAHIM

  8. ISMAIL

  9. ISHAQ

  10. YA’KUB

  11. YUSUF

  12. SYUIB

  13. MUSA

  14. HARUN

  15. YUNUS

  16. ILYAS

  17. SULAIMAN

  18. DAUD

  19. ILYASA’

  20. AYYUB

  21. ZULKIFLI

  22. ZAKARIA

  23. YAHYA

  24. ISA BIN MARYAM

  25. MUHAMMAD S.A.W

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Welcome to Wordpress blog!

January 12th, 2013

Wordpress - is a content management system (CMS) specifically developed to manage frequently changing content. Wordpress is ideal for creation of web blogs as for example:

  • Personal blog
  • Professional blog
  • Writer’s, traveller’s or researcher’s blog
  • Blog for discussions of various problems
  • Learning blog
  • Collection of materials

Wordpress allows publishing of data with typographic filters for proper formatting and styling of text. Publications can be categorized and archived. Internal system of links is optimized for search engines. Static pages can also be created. Wordpress allows for publishing of a group of authors.

The documentation and description of Wordpress can be found here

You can create a personal free blog right now using Informe.com free blog hosting.

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...